The City That Never Sleeps

Oops! You've Just stepped in in my City That Never Sleeps. Heee~ Just leave your footprints at the tagboard ;)




posted : Saturday, October 1, 2011
title : Kejayaan Bermula Dengan Cita-Cita
Adakah anda mempunyai impian atau cita-cita?

Eh, tidak pernah terfikir?
Kalau soalan itu ditujukan kepada saya, saya mempunyai banyak cita-cita dan impian. Sebenarnya, pada saya, impian dan cita-cita ini merupakan titik permulaan kehidupan kita. Jika kita tiada cita-cita dan impian, kemungkinan kita akan menjadi lemah untuk menguasai hala tuju kita dan meneruskan kehidupan kita. Justeru saya ingin berkongsi bersama anda beberapa kisah, agar kita sama-sama merenung dan bercita-cita, kerana impian ialah titik mula kepada segalanya.

Umar Abdul Aziz, seorang khalifah yg zuhud, suka beribadah dan berjihad, pernah berkata:

"Sesungguhnya jiwaku ialah jiwa yang mempunyai banyak cita-cita. Aku pernah bercita-cita menjadi amir, aku telah mendapatkannya. Aku bercita-cita menjadi seorang khalifah juga telah kudapatkannya. Sekarang, cita-citaku ialah syurga, dan aku berharap mendapatkannya"

Lembaran sejarah membuktikan, orang yang berjiwa besar umumnya memiliki cita-cita tinggi. Impian mereka biasanya tidak difahami oleh orang kebanyakan. Impian mereka sentiasa jauh terkehadapan, menewaskan impian pelumba dan pengejar sekangkang kera harta dunia. Bukan itu sahaja, malah mereka berusaha mewujudkan apa yang mereka cita-citakan dengan segenap upaya dan kesungguhan, bermati-matian deminya kerana impian itu lah cita-cita yang paling tinggi dalam kehidupan mereka, dan umumnya mereka mampu meraih cita-cita yang telah mereka canangkan

Kalau anda ingin tahu, Usamah Bin Zaid, anak kepada Zaid Bin Harithah, salah seorang sahabat rasulullah yang mulia, telah pergi ke medan perangketika usianya baru 15 tahun. Dia telah bercita-cita hendak ke medan jihad semenjak usianya 14 tahun. Malangnya pada ketika itu, Rasulullah melarangnya, kerana masih teramat muda. namun, selepas dia mendapat mandat mengikuti peperangan, dia telah berusaha bersungguh-sungguh. tahukah anda apakah yang Usamah Bin Zaid ini berjaya raih?

Dia Berjaya menjadi seorang jeneral tentera dalam ekspedisi menundukkan Rom, sedangkan dibelakangnya ketika itu sahabat-sahabat besar seperti Khalid Al-Walid, Saad Ibn Abi Waqqas dan lain-lain sebagai tenteranya. Umurnya ketika menjadi jeneral hanyalah 18 tahun.

Nah... Kita patut berimpian sekarang. Jangan biarkan kehidupan kita terawang-awang tanpa impian. Cita-cita dan impian akan menolak kita untuk berusaha. Jadikanlah impian sebagai paksi cita-cita kita agar impian kita itu tidak akan tergolong dalam impian orang-orang yang rugi.

Rasakan kemuliaan dan keagungan impian kita ini. ironis sekali dengan impian dan mental orang kebanyakan, cita-cita yang hanya nampak material dunia semata-mata. Itu cita-cita yang murah, pendek dan tidak memberi makna. Bercita-cita lah untuk hidup dengan kehidupan bermakna, hidup dengan kehidupan yang sebenarnya. Bercita-citalah untuk bahagia, bahagia di dunia dan di akhirat. bercita-cita untuk mengejar redha allah, bercita-citalah untuk menjadi HAMBA!!

Ayuh, apa yang anda tunggu lagi?
Bercita-cita lah sekarang.
Masih sempat Insyaallah.
Sama-sama kita. Ya, sama-sama.
Saya dan anda.
Kita bercita-cita!